Monday, May 30, 2011

Jom pukul kompang!

MAHKAMAH

Jangan pukul orang, pukul kompang ada faedahnya - Hakim
KUALA LUMPUR: "Daripada pukul dan rompak orang lebih baik kamu pukul kompang kerana dapat duit terutama pada majlis perkahwinan, tetapi janganlah kamu pukul orang, tiada faedah," demikian nasihat Hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamarudin kepada seorang pemasang papan tanda.

Saturday, January 15, 2011

Fatwa mengenai Hiburan - Nasyid dan Pancaragam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-2 pada 12 - 13 Mei 1981 telah membincangkan mengenai Hukum Nasyid dan Pancaragam. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
     
  2. Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
     
  3. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;
     
  4. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
     
  5. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
sumber: Portal e-fatwa, JAKIM

Temenggong Bloggers

Assalamualaikum w.b.t.. Anda mempunyai blog? Jom rapatkan lagi ukhuwah kita dengan meninggalkan link anda di sini. Percuma & mudah! Lakukannya sekarang